JPDC Persiapkan 6000 Tenaga Kerja Mahir Untuk Industri Hiliran Minyak dan Gas
13 September 2022, Kuala Lumpur – Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) telah menjalankan program-program latihan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan kemahiran semula (reskilling) untuk hampir 6,000 tenaga kerja industri hiliran minyak dan gas di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex, PIPC), Johor sepanjang tempoh 2013 hingga 2022. Dua inisiatif besar yang telah dilaksanakan ialah Program Kemahiran Minyak dan Gas (Skills in Oil and Gas, SOGA) dan Program Bridging Gaps dengan sokongan dana daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Read more