JPDC dan OPITO Bekerjasama Persiapkan Institut TVET untuk Pentauliahan Industri
Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dan OPITO bekerjasama melaksanakan program mempersiapkan sehingga sepuluh institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (technical and vocational education and training, TVET) Malaysia untuk menerima pentauliahan (accreditation) OPITO Global Qualifications sebagai institusi latihan industri hiliran minyak dan gas. Program pentauliahan tersebut akan berjalan sehingga akhir tahun 2023 dengan sokongan dana pembangunan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Program pentauliahan tersebut dilancarkan dengan upacara pertukaran dokumen perjanjian antara JPDC dan OPITO semasa persidangan OPITO Global 2022 di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November 2022.