Sesi Libat Urus Pengurusan JPDC bersama Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung
Pada 21 November 2021, Encik Izhar Hifnei Ismail, Timbalan Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) telah mempengerusikan libat urus bersama Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Kecil Pengerang di Pengerang, Johor. Dalam sesi libat urus tersebut beliau telah menyampaikan taklimat berkenaan status kemajuan terkini pembangunan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) kepada ketua-ketua komuniti Pengerang. Manakala, Encik Hilmy Hussain, Ketua Tenaga Kerja Industri JPDC pula menyampaikan taklimat berkenaan latihan-latihan kemahiran yang dianjurkan oleh pihak JPDC dengan kerjasama para pelabur serta agensi kerajaan untuk penduduk tempatan. Selain itu, ketua-ketua komuniti Pengerang juga turut mengambil kesempatan membangkitkan hal-hal berkaitan masyarakat di kawasan sekitar PIPC yang terjejas akibat pembangunan PIPC. Permasalahan tentang isu-isu tersebut telah diambil maklum oleh pihak atasan JPDC untuk disalurkan kepada agensi-agensi berkenaan.