Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022
Terima kasih atas jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022. Di penghujung Syawal 1443, kami di JPDC mengambil kesempatan menyantuni jemputan-jemputan di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi. Antara Majlis Rumah Terbuka yang sempat kami hadiri adalah jemputan daripada Pejabat Daerah Kota Tinggi; YB Aznan Hj. Tamin - Adun Tanjung Surat dan Isteri; Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Johor; PETRONAS Johor anjuran bersama PETRONAS Selatan, PETRONAS Energy & Gas, PETRONAS Dagangan Berhad, PETRONAS Gas Berhad dan PETRONAS Power Sdn Bhd; Iskandar Investment Berhad (IIB); dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ). Semoga silaturrahim dan kerjasama antara kita terus erat dan harmoni terutamanya dalam memajukan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) serta merealisasikan Johor sebagai hab industri hiliran minyak dan gas yang mampan dan bertaraf dunia.