Sarawak OGSE Roadshow 2022
Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), anak syarikat Malaysia Petroleum Resources Corporation - MPRC menyertai Sarawak OGSE Roadshow 2022 di Kucbing, Sarawak bagi mempromosikan program pembangunan tenaga kerja industri seperti Bridging Gap dan Kemahiran dalam Minyak dan Gas (SOGA). Semasa sesi perkongsian di ruang pameran JPDC, Encik Hilmy Hussain, Ketua Jabatan Tenaga Kerja Industri JPDC menekankan bahawa SOGA terdiri daripada kursus modular yang menawarkan warganegara Malaysia latihan tenaga kerja mahir dalam kemahiran teknikal dan kecekapan yang diperlukan oleh industri minyak dan gas hiliran. Pada tahun 2022 dan 2021, sejumlah 1,505 tenaga mahir telah dilatih dengan 100% pelatih telah ditawarkan pekerjaan. JPDC adalah agensi bawah Unit Perancang Ekonomi - Laman Rasmi, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, memudahcara dan mempromosi pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, sebuah hab industri hiliran minyak dan gas di di Pengerang, Johor.